Website Milik Penulis

Photobucket

Sakaratul Maut (2011)

Saturday, October 8, 2011

Sakaratul maut.

Photobucket
“Abang ada sesak nafas hari ni?”tanyaku mesra. Mata ptosis dah (kelopak mata jatuh-ngantuk)

“Sesak nafas tak ada, batuk kuat ajer, tak dapat tidur dibuatnya,”jelas abang Harun.

Aku senyum. Paru-paru masih penuh dengan jangkitan. Berair-air. Cuba ambil sehelai kertas dan konyot. Begitulah bunyi yang keluar dari stetoskop ini- crepitation. Salur putih nasal prong menyumbat kedua-dua lubang hidungnya dengan oksigen. Pesakit stabil. Ku mengorak langkah ke pantry. Haus sangat rasanya. Kering dah tekak ni.

Gulp, Alhamdulillah! Sedap betul air 100 plus ni. Beli sebelum subuh tadi, kerja, petang baru sempat minum. Banyak sangat urusan dunia , hal ehwal merawat manusia yang perlu diuruskan secara jujur dan hati-hati, sampai makan minum pun dah kucar-kacir.

 Kugapai beg sandang coklatku. Eh, ada newspaper rupanya dalam beg ni !  Tarikh 24 September. Hari ni dah 26. Hmm, tak sempat baca lagi. Simpan dululah. Ada masa nanti baru baca.

Begitulah rutin harian sampai melambak-lambak surat khabar lama kat rumah yang dibeli tanpa dibaca. Waktu beli tu memang semangat nak baca, apabila dah sibuk kerja, entah bilalah nak baca. Buku medic pun tak sempat habis !

“ Doctor Faizal, ada patient asystole ! (tiada degupan jantung),” jerit nurse ke dalam bilik pantry. Kulantas segera bangkit, meletakkan tin minuman di atas meja lantas menghayun kaki keluar dari bilik pantry dengan tergesa-gesa.

“Ya, Allah jauhkan wad ini daripada malaikat maut,” itulah antara ayat yang terpacul keluar dari mulut tanpa sedar. Pintu bilik pantry kukuak. Dentuman pintu di belakang tak kuhirau.

“Katil berapa kak?,”

“ katil 2,nenek Jah, nak inform sesiapa tak?”tanyanya pantas.
                                
“Tolong call dr Leong, suruh dia datang cepat. Inform MO second call, Dr Rama kan? Saya nak Intubation set sekarang,bawa ke katil 2. ETT Saiz 7.5,”arahku dalam kalut. Lab coat putih kucampak ke atas kaunter. Nanti dah settle kukemas balik, desusku.

“Puan, encik, minta maaf banyak-banyak. Boleh duduk di luar dahulu, kami nak selamatkan nenek ni dahulu,"pesanku pada ahli keluarga yang cemas.

Kuterus tarik langsir menutup sekeliling katil. Jururawat-jururawat turut sama membantu. Aku tak pedulikan apa-apa respons daripada ahli keluarga. Nak menangis ke, nak melolong ke, nak merengek ke, yang penting duduk luar. Aku nak buat bantuan pernafasan sekarang ni (CPR).

Langsir ditutup, ada yang cuba membuka.

“Minta maaf, tolong duduk luar sekejap, saya nak selamatkan nyawa nenek ni. Saya tak nak gangguan,”kataku tanpa intonasi namun volume suara agak tinggi. Jelas. Mustahil tak dengar.

Mataku lekas melekat di cardiac monitor. Cardiac monitoring linear, Kadang-kadang baru degupan jantung kembali naik. Tak konsistent. Seorang jururawat yang bersarung tangan sedang menekan dada nenek ini. Keringatnya meleleh. Basah dahi.

“Saya  nak ETT size 7.5, kak, tolong buka lampu kat pangkal katil. Turunkan tempat sandar katil ni, biar katil flat. Tarik katil keluar sikit, saya nak mencelah kat dinding. Bagi Adrenaline 1 mcg,then  atropine 1mcg stat,”arahku monotonous. Jururawat-jururawat ni semua dah mahir dah. Tak payah suruh pun mereka akan tanya doctor, perlu bagi sekarang ke ubat-ubat itu atau tidak. Hari-hari ada orang mati dalam wad. Dah biasa.

Mata kuperiksa dengan lampu suluh. Fixed dilated pupil. Otak dah mati.

Kak Ros yang sedang meng”ambu” melalui oropharyngeal tube kuminta ketepi. Leher pesakit kuextend. Rahang mulut kutekan dari tepi untuk meluaskan bukaan mulut. Kulekas cabut oropharyngeal tube, capai laryngoscope,  ETT tube dan masukkan ke celahan peti suara pesakit apabila terzahir di mata kasar dengan bantuan cahaya daripada laryngoscope  dalam kelam tekak seorang manusia.

Photobucket

“Equal?,”tanyaku pantas kepada seorang jururawat yang sedang memeriksa paru-paru dengan menggunakan stethoscope.

“Tak pastilah doctor, doctor cuba dengar,”tuturnya perlahan.

"Tolong ambu kejap".

 Kugapai stethoscope biru yang tergantung di leherku sepanjang hari dan terus menekapnya di dada kanan dan kiri.

Transmitted sound. Equal.

"Biar saya sambung,"pintaku sopan. Kak ros lantas mengalih pungguhnya dan membiarkanku melompat ke atas katil dan terus menekan dada nenek Jah dengan kuat.

"Faizal, perlahan sikit,"tiba-tiba suara mencelah.
"Perlahan? speed ke amplitude?,"jawabku selamba.

"Amplitude la, hemothorax pulak nenek ni nanti,"tutur Dr Rama yang muncul di sisi katil entah bila. Aku tak perasan.

Nenek Jah tersadai di atas katil. Dadanya berombak tatkala kami cuba mengepam jantungnya secara manual. Mulut terkunci, Endotracheal tube menyumbat. Mata terpejam. Tak lagi terbuka. Badannya tidak bergerak seolah-olah pasrah.

Pasrah terhadap kehidupan dunia.
Pasrah terhadap malaikat yang ingin mencabut nyawa.
Pasrah terhadap janji Allah tentang kematian, yang takkan ditunda
Pasrah terhadap doktor-doktor yang mencuba memanjang nyawa, tanggungjawab seorang manusia.

Aku senyap.  Air mata mengalir dari kelopak mata nek jah yang tertutup.

"Mak, bangunlah mak. Kami nak jumpa mak,"suatu suara wanita terdengar di sebalik langsir. Sebak. Tangisan sebagai muzik background.

"Dr Rama, boleh tolong cpr?,"pintaku sopan. Beliau mengangguk tanpa banyak bicara.
"makcik mengucap makcik. La ilaha illallah."
"La ilaha illallah"

kalimat agung ini kubisik di telinga kanan. Mulutku tak lebih  5 cm dari cuping telinga Nenek Jah barangkali.

"Mengucap nek. Lailaha illallah."

"La ilaha illallah."

"La ilaha illallah."

Cardiac monitoring linear. Tiada degupan jantung dirakam walau jantung dipam secara manual dengan tangan-tangan kami.

Dr Rama terduduk di atas katil. Tangan kiri diangkat. Jam tangan diperhati.

Dah lebih setengah jam. Tiada response. Kita berhenti di sini. Time of death 5.30 pm.

Aku mengangguk. Tiada emosi. Bidang perubatan telah menyedut segala emosi ketika berhadapan dengan situasi begini. Memang dilatih begini.

Sekujur tubuh hanya tinggal tubuh. Kakinya yang sejuk pada mulanya, kini keseluruhan tubuh. Tiada lagi suara nenek Jah yang mampu didengar. Tiada lagi nenek Jah yang sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar segala keluhan kerja yang menyesakkan diri. Tubuh hanya tinggal tubuh. Bersedia untuk bersemadi. Janji Allah itu pasti.

Kusedekahkan al-fatihah buat arwah. Berdiri kaku di sisi katil.

"Faizal, declare to the family,"pesan Dr Rama. Ku mengangguk lemah.
Sedang ingin berjalan keluar sambil menyelak langsir untuk berhadapan ahli keluarga, tiba-tiba.......................................................................................................................................................

"Doktor,katik 25 SOB (shortness of breath, sesak nafas),"jerit staff nurse.

Katil 25? eh, tu abang Harun kan? tertujah-tujah soalan di benak.
Belum sempat declare, ku terus berlari ke bilik isolation.

Langsir telah ditarik. Beberapa pasang kaki putih terlihat dari luar di bawah langsir yang tergantung.

Kulekas masuk. Abang Harun umpama ikan di daratan. Tercungap-cungap. Matanya terbuka dan tertutup.

"Intubation set right now,"arahku pantas.

Adik-adik pelajar jururawat berlari keluar. Cuak, mungkin pertama kali berhadapan keadaan sebegini.

"Mak,panas mak! aaaaaaaahhhhhhh,"tutur abang harun tercungap-cungap. Nafas ditarik panjang. Matanya merah.

"Sabar nak, doktor ada ni nak tolong,"pujuk ibunya dalam tangisan.

Panas mak, panas !
aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh

Abang tttak tahann!
aaaaaaaaaaaaaahhhh

Aku segera menyiapkan perkakas di atas troli emergency. suara abang Harun menghirup saki baki udara sungguh menggerunkan.

Kakinya tak duduk diam, merah  padam. Hemorrhagic blister dah sebesar 10 cm diameter di atas kedua-dua betis.

"Doktor saya ambil ETT (endotracheal tube) kejap. Kat troli ni dah habis, guna kat nenek jah tadi,"pesan jururawat.

"Dah pergi cepat. Inform anaest for intubation sekali,"pesanku. Dr Rama segera mencelah masuk.

Kubiarkan beliau sahaja memberi arahan. Beliau lebih arif. Kedua-dua tangan abang Harun kupegang kuat. Pesakit ini aggresif.

"Bang, bawa mengucap bang. Ingat Allah,La ilaha illallah.La ilaha illallah."

Badannya umpama disalai hidup-hidup. Tak berhenti bergerak. Matanya terbeliak menahan pedih, tangan dipegang. Kaki terikat di hujung katil.

"Mengucap nak, mengucap,"jerit si ibu sebak. Air mata umpama air terjun. Entah ke mana limpahnya, entah di mana empangnya.

Sakit mak!!!!!!!!!!!! jerit  abang Harun kuat. Nafasnya ditarik panjang. Lidahnya terjelir keluar. Tekaknya berbunyi, berdiri bulu romaku.

Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttt. Cardiac monitoring kupandang- asystole!

"Minta maaf makcik, kami nak beri bantuan kecemasan," pesan Dr Rama. Kusegera melompat ke atas katil. Dada abang harun kehenyak kuat. Jantung dipam dengan tangan.

"Huuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhuuuu. Ya allah,ambillah nyawa aku, jangan ambil nyawa anakku! Ambillah nyawa aku!"jerit ibu tunggal ini. Tangan tak dilepas dari tubuh abang Harun.

Staff nurse segera memegang ibunya untuk dibawa keluar. Susah payah dibuatnya. Sudah berumur, entah mana datang kudrat itu. Tangan tak terlepas dari bucu katil.

Dr Rama segera intubate pesakit (masukkan tube ke dalam kerongkong). Susah, yang dilihat hanya darah.

"Jangan tinggalkan mak nak! Jangan tinggalkan mak! Ambil nyawa aku Allah. Biar dia hidup ya Allah ! Aku mohon pada engkau Allah ! Jangan seksa anak aku begini !" jerit si ibu seolah-olah hilang akal.

"Bangun bang, tengok mak nak,"
"bangun bang...
"Bang......... (jatuh pengsan)

Teeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Begitulah bunyi cardiac monitoring tatkala diisytihar kematian. Sakaratul maut yang diperhati di depan mata terbawa-bawa ke tidur.Pesakit tersenyum dan menyapa doktor di kala pagi, tidak lagi bersuara menjelang dinihari. Umur muda tak menjanjikan hidup lama. Niat di hati ingin mengucap kalimah suci di saat akhir, namun berapa pesakitkah yang kudengar mengucap kalimah suci ini di akhir usia?- tiada-

suaranya mungkin kuat menggertak pekerja,
nanti suaranya juga mungkin kuat merayu sebagai hamba

Perangainya mungkin lincah mengikat manusia dengan janji durjana.
nanti perangainya juga mungkin lincah di atas katil, namun terikat tidak bermaya

Tekaknya mungkin basah dengan arak yang dituntung ketika usia
Nanti tekaknya juga mungkin basah dengan darah, rentung , nafasnya sia-sia

Dadanya mungkin jelita dipasak silicon, menggiurkan pemuda gila
Nanti dada siliconnyanya mungkin pecah, penyet, busuk ditekan doktor, tatkala bantuan kecemasan bermula

Mulutnya mungkin liar mencium pemuda atau gadis kota
Nanti mulutnya juga mungkin liar mencium dan menghirup saki baki udara, di saat roh menjauh , badan terkebil-kebil menanti neraka.

Nauzubillahi minzalik.

(Sebagai renungan- abang Harun (bukan nama sebenar) hanya berusia 27 tahun, HIV  positif, Hepatitis B dan C positif, transgendered with breast implant. Meninggal dunia dalam keadaan terseksa yang sebenarnya sukar digambarkan dalam bentuk kata-kata dalam tulisan ini. Seburuk-buruk manusia , dia masih anak- begitulah prinsip seorang ibu, membela anaknya tatkala derita kesakitan walau ahli keluarga lain membuang anaknya itu dari pandangan mata, dek kerana marah dan tidak mendengar kata. Kembalilah ke pangkal jalan, jangan menyeksa diri anda dan keluarga anda untuk kegembiraan yang sementara dan sia-sia)

Tolong sebarkan artikel ini sekiranya difikirkan bermanfaat.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Gila ke tak Gila (2011)

Monday, September 12, 2011

Gila ke tak Gila (2011)

PhotobucketAssalamualaikum. Eh kak, kenapa tu?

DOKTOR, TOLONG DOKTOR ! PATIENT NI NAK TERJUN TINGKAP!

Kus semangat! Berdegup kencang jantungku. Apahal pulak ni? Ku berlari ke arah tingkap dan ingin terjun bersama  terus memegang tangan kiri pesakit yang sedang memegang tingkap. 2 orang staff nurse memaut erat tubuh pakcik ini sambil makan kuih.

“Pakcik baring kat atas katil ni. Nurse jaga kejap. Saya nak call PSY (psychiatrist)on call.”kataku sambil berlari-lari anak ke arah telefon. Beberapa kelibat manusia lantas datang ke arah tingkap dan memindahkan pesakit ke katil dengan pengawasan.

Pagi ini tak seperti biasa. Pesakit bernama Othman ini baru sahaja dimasukkan ke wad ortopedik daripada Jabatan Kecemasan malam tadi. Aku yang baru datang kerja subuh pagi itu terpinga-pinga memerhati apa yang berlaku.

Kulantas mencari BHT katil 26 dan membaca progess note pesakit tadi dari dalam computer. Cervical injury (kecederaan tulang leher). Pesakit ini telah menggantung dirinya dengan menggunakan dawai besi dalam percubaan kedua membunuh diri.  Beliau ditemui tergantung oleh anak beliau lantas dibawa ke hospital berdekatan bersama pihak polis.

“Pendeknya medical history pesakit ni,”desusku dalam hati. X-ray kuperhati, tiada patah yang nyata. Saraf masih selamat.

“Pakcik, pak cik kenapa ni sampai nak terjun tingkap?,” tuturku perlahan. Khuatir sebarang perbicaraan yang tidak munasabah akan mengundang musibah. Kututup rapat mulut. Buka bila perlu.

Urat tua di muka pakcik Othman ini jelas. Kelopak matanya agak bengkak. Susuk tubuhnya kurus, seperti tidak berisi. Nafasnya perlahan.

“Pakcik.....”sapaku , was was. Sunyi. Aku sabar menanti respons.

“Pakcik berdosa. Sepanjang hidup pakcik berdosa. Dulu pakcik kerja dengan kastam, pakcik ambil rasuah. 4 bot haram datang, 2 bot pakcik tahan, 2 bot lagi pakcik ambil. Kerja dengan timbalan PM macam-macam rasuah ada depan mata. Arak pakcik minum. Apabila kerja dengan imigresen lagi banyak orang ambil rasuah, pakcik berdosa doctor. Pakcik dah tak tahan lagi menanggung dosa di umur tua ni. Biarlah pakcik mati,”sebak pakcik Othman. Dirinya terpaku duduk atas katil dengan tangan terikat di pagar katil hospital.

“Pakcik tak boleh bunuh diri. Pakcik kena ingat Allah. Allah bagi pakcik umur panjang supaya ada kesempatan pakcik bertaubat. Bunuh diri berdosa besar pakcik,”jawabku dalam 4 ayat. Beliau sugul membisu di atas katil. Pesakit di katil lain memerhati tanpa bersuara. Telinga terpasang. Detik jam boleh didengar dek senyapnya wad.

“Pakcik nak mati! Pak cik tak tahan. Semua menteri pakcik dah kerja. Semuanya banyak dosa,”jelas beliau. Aku senyap. Bertubi-tubi taakulan menjengah pemikiran. Antara percaya atau tidak.
Kubangkit lantas mencapai buku nota di kocek. Pena di sisi kugapai perlahan lantas mencoret......

“Delusion of grandiosity, persistent loss of hope with several suicide attempts. No aggressive behaviour. Symptom of Major Depression associated with Schizophrenia tro (to rule out) Bipolar- refer PSY (psychiatrist) now”
(tutup buku)

Panggilan dibuat. Psychiatrist yang bertugas pada hari itu telah dihubungi. Belum sempat gagang diletakkan, dua kelibat wanita hadir dan duduk di sebelah katil pakcik Othman. Seorang badan agak gempal, bertudung, berumur kira-kira 40-an barangkali. Seorang lagi wanita berbadan kecil, muda dan tidak bertudung. Iras-iras orang Indonesia.

Kulekas letak gagang telefon dan berjalan menuju ke arah mereka. “Puan  ni isteri pesakit ke?”
Angguk beliau dalam raut muka yang sukar dibaca.

“Boleh ikut saya sebentar?” soalku dalam senyuman. Wanita tadi lantas kubawa masuk ke pejabat Medical Officer dan kupersilakan duduk. Wanita ini menarik sebuah kerusi berhampiran dan duduk dengan sopan di hadapan meja computer.

Belum sempat kubuka mulut untuk mengorak perbualan, tiba-tiba terpacul ayat ini daripada mulut Kak Salmah....

“Saya minta tolong doctor jangan bagi suami saya balik. Tahan dia di sini selama-lamanya,” tutur puan ini dalam sebak. Matanya penuh dengan sinar harapan. Kelopak matanya ditutup. Aliran air mata berjuraian di sebalik kedut-kedut ketuaan.

Aku kaget. Kenapa pula dia suruh tahan suami dia ni? Apa yang suami dia lakukan? Kotak fikiranku ligat berfungsi. Haih, pelik !

“Kenapa ni puan? Itu kan suami puan?” tuturku dalam nada monotonous. Tidak ingin menunjukkan sebarang reaksi yang membantutkan perbualan kami.

“Suami saya bela orang gila, sebab itu dia jadi gila!”bentaknya tiba-tiba. Amuknya tak disangka. Rentaknya sukar dibaca.

Aku lagi sekali hairan. Tak tahu hujung pangkal cerita. “Puan, boleh ceritakan pada saya sekiranya tidak keberatan? Kita sedang bercakap tentang suami puan.”

“Benar, tuan doctor. Saya isteri kedua Othman. Saya orang seberang. Dia tidak tinggal dengan isteri pertama. Isteri pertamanya ada di KL. Anaknya dengan isteri pertama ada 7 orang. Dengan saya ada 5 orang. Seorang daripada anak isteri pertamanya gila. Dibawa tinggal bersama dia di Pahang ini. Sekarang suami saya sudah jadi gila. Dia berubah sejak 2 tahun lalu. 5 orang anak saya yang kecil-kecil dirampasnya dari saya dan dibawa tinggal di dalam hutan bersama anaknya yang gila itu.”jelas Kak Salmah dalam nada geram berbaur sedih.

“Hari-hari anak-anak kecil saya dipukul, disepak, diterajang. Anaknya yang gila itu lebih dasyat, nyaris disembelih anak saya yang paling kecil itu bulan lepas. Othman itu dah gertak saya sekiranya ambil anak-anak, dia akan bunuh saya dengan parang. Dirumahnya sentiasa ada parang, diasah parang hari-hari. Kalau doctor tak percaya doctor boleh ikut saya sekarang. Anak-anak takut ingin lari. Anak yang tua saya pesan suruh lari tapi dia enggan kerana kasihan pada adiknya yang kecil. Teruk dipukul hari-hari.


 Itu hari saya ambil anak saya apabila dia tiada di pondok buruk dalam hutan, dia datang cari saya di gerai dan di pukulnya saya sampai patah tulang belakang, calar-balar muka, doctor tengok ini! (sambil menunjukkan parut). Sampai sekarang saya tidak boleh duduk dengan betul, belakang saya sakit. Saya masuk hospital apabila dibelasah hampir mati. Dia pukul anak-anak saya di rumah saya separuh mati. Orang gaji saya yang ada di luar itulah yang pergi telefon polis buat laporan. Kalau tiada dia, anak-anak saya sudah mati,” tuturnya dalam tangisan. Berlinangan air mata.

Aku terkesima mendengar cerita puan ini.

“Anak-anak puan umur berapa? Kenapa saya lihat Encik Othman tidak agresif seperti yang puan katakan?,”tanyaku ingin mendapat kepastian.

“Anak saya umur 15 tahun, 13 tahun, 10 tahun, 6 tahun dan 5 tahun yang paling kecil. Othman itu memang begitu. Kadangkala dia agresif pukul semua orang, sepak terajang. Menjerit-jerit macam orang “high” ambil dadah. Ada masa dia murung sahaja macam sekarang. Buka mulut pun susah. Saya dah tak boleh baca sikap dia. Dia tidak sioman lagi seperti dulu,”katanya.

Aku mengangguk. Tenang mendengar keluhan si isteri. Perbualan panjang ini mengambil masa 2 jam. Semua laporan polis sebelum ini yang dibawa kutatap satu persatu.

“Saya akan buat laporan tahap kesihatan suami puan. Apa yang puan ceritakan akan saya rekodkan. Saya akan cuba apa termampu,”kataku ringkas.

Kak Salmah mengucapkan terima kasih dan berlalu keluar. Walaupun si suami menyeksa dirinya dan anak-anak, dia tidak sanggup untuk membiarkan suaminya bersendirian di wad. Kukagumi sikapnya dalam seribu satu tanda tanya.

Mak aih, ini kes besar! Ada yang akan hilang nyawa sekiranya tiada tindakan diambil. Aku diam. Otak ligat merancang sesuatu.

“Selamat pagi Dr Rosman, Dr Faizal dari wad Ortopedik bercakap. Berkenaan pesakit yang saya rujuk pagi tadi tu, saya dah dokumen semua history yang saya dapat daripada ahli-ahli keluarga pesakit. Saya harap doctor boleh tengok keadaan pesakit dan inform kami untuk tindakan lanjut,”jelasku ringkas. Telefon kuletakkan setelah perbualan tamat.

Kutarik nafas lega.Cepatlah pergi psy (wad psikiatri) huhuhuhu. Kalau dia bunuh diri dalam wad ortopedik ni teruk kami kena menjawab, insiden reporting dan macam-macam lagi. Ni semua yang aku tak sanggup nak buat.

Seketika,

Teet tet.....teet tet......teet tet (keluar nombor doctor pakar)

“Selamat pagi Faizal. Saya dah baca laporan awak dari klinik. Terus transfer patient Othman ke PSY sekarang yer,”jelas doctor pakar ortopedik. Aku rasa tak sampai 10 minit aku buat laporan tu di wad, doctor pakar dah review di klinik pakar. Sungguh techno specialist saya ni. Huhuhu

Kulantas arahkan jururawat yang bertugas tolak pesakit ke wad PSY. CASE CLOSED.

“Family requests for permanent retention”-itulah ayat terakhir dalam laporan yang kutulis. At least dengan tindakan ini tak ada orang yang bunuh diri dari wad ortopedik ni lantas menambah statistic mortality lantas mengundang seribu satu masalah yang akan menyusahkan semua pihak. Adus!

Psychiatrist on demand!

__________________________________________________________________________________

“Bang, nah pizza, malam tadi nak sangat,” tuturku pada abang Rahman. Senyum manis terus dia pagi tu.

“Jom aa makan sekali, aku ada cerita nak bagitahu ni,”tuturnya selamba, tak macam orang sakit pun. Huhu

“Specialist tengah round ni, dah habis nanti saya teman abang k,”tuturku lembut. Abang Rahman ni masuk hospital sebab nak buang besi kat dalam lutut dia ajer. Rancangan awalnya pembedahan itu esok. Selain tu dia tak ada apa-apa sakit pun. Lepas berjalan ke hulu ke hilir, kacau aku buat kerja, ajak tengok tv, borak, main FIFA sekali kat laptop dia. Kah kah. Dia bosan. Isterinya kerja. Lagipun sekepala dengan aku. Memang kamcing aaa dalam wad tu.

Aku pun berjalan terus ke aras Acute cubicle untuk buat round dengan doctor pakar. Kira-kira 10 orang lembaga putih berkerumun di depan katil pesakit. Seorang bercakap, yang lain mendengar. Masuk ke tidak maklumat ke dalam kepala masing-masing wallahualam. Tegang urat kaki berdiri lama Boleh kena varicose vein !

Satu jam kemudian.....

“Siapa doctor yang rawat anak saya??? Siapa? (seorangwanita berdiri di tengah-tengah wad sambil menuding jari dengan suara yang tinggi)

Seorang doctor India wanita tampil. “Selamat pagi, ada apa puan?” tanyanya berhemah.

“Tangan anak saya dah bengkak dah. Doktor tahu pasang jarum ke tidak???” Seorang perempuan 50-an menjerit-jerit di tengah-tengah wad macam orang gila. Gaya berpakaian macam datin. Masuk tak bagi salam terus menjerit.

 “Biarlah, doctor tu nak belajar,bengkak sikit ajer, eloklah nanti tu, ”kata suaminya yang berdiri di sebelah. Muka cool.

“Mana boleh biar-biar! Ingat anak kita ni barang eksperimen ke???? Lain kali jangan pandai-pandai doctor nak pasang jarum kat anak saya. Biar doctor pakar tu yang buat! Saya tak akan biar. Kita saman ajer hospital ini!” sergahnya bongkak. 5 minit kemudian terus berlalu keluar dengan angkuh. Pintu wad dihempasnya.

Aku dah naik meluat tahap maksima. Aku rasa nak cekik datin tu sampai mati pun ada. Kawan aku yang ada di depannya macam orang bodoh dibuatnya. Kesian doctor tu. Tak pasal-pasal kena marah dek orang gila tu.
Aku yang terdengar jeritan orang gila tu naik geram. Terus aku masuk bilik abang Rahman. Abang Rahman senyum kelat. Dia buat isyarat jangan layan mak dia. Lepas tu buat isyarat yang mak dia kepala tak betul. Huhuhu

Aku geram betul. Kalau aku la yang kena tadi, aku rasa aku hilang sabar dan terus maki ajer datin gila tu balik. Kawan-kawan aku kata kalau ada keluarga pesakit macam tu jangan lawan. Minta maaf dan terus berlalu.

Tapi aku tetap nak cakap kat sini...kalau datin tu baca biar padan dengan muka. Aku peduli apa.

“Woi orang tua, anakkau tu dah masuk hospital seminggu dah baru hari ni kau datang. Kalau jarum tu tersumbat dan bengkak, itu perkara biasa. Jarum tu masuk salur darah. Darah kita ni membeku. Kalau darah dalam jarum tu membeku itu perkara biasa la. Lagipun anak kau tu ambil antibiotic yang memang menyumbatkan jarum tu dengan cepat (metronidazole). So kalau tersumbat waktu nak bagi ubat pagi tadi dan bengkak, kami kenalah masukkan jarum baru. Bengkak tu lama-lama oklah, bukannya anak kau hilang nyawa pun sebab jarum bodoh tu. Dia siap makan pizza lagi aku belanja. Tak mengeluh pun.

Ini bengkak sikit dah macam ayam riuh sekampung. Orang lain yang masuk wad ni tak ada bising-bising macam orang gila ni. Nak suruh doctor pakar masukkan jarum pulak. Banyak lagi benda lain dia boleh buat daripada terhegeh-hegeh nak masukkan jarum kat tangan anak kau tu. Doktor yang masukkan jarum dah kira bertuah dah. Kalau banyak duit sangat anak tu tak boleh disentuh, bawalah anak tu private hospital. Private hospital nurse yang masukkan jarum ok. Baru padan muka. Kita tengok bengkak ke tak bengkak.”

Dah. Aku tengah keliru sekarang ni siapa yang sebenarnya gila. Othman ke? bini dia ke? datin tu k?, ke aku?
-again, psychiatrist on demand-


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.



Apabila Pesakit Blacklist (2011)

Friday, May 27, 2011

Apabila pesakit blacklist…

“Faizal, kau pergi la cuba masukkan branula(jarum) kat pakcik tu, pakcik Rahman tu dah blacklist aku. Aku datang ajer dia angkat tangan tak nak,”keluh Dr Aisha dalam tersenyum. Doctor-doctor lain sedang duduk santai di kaunter wad.

“Eh eh, ko pun sama ke? Aku dah cuba 2 kali lepas tu dia terus dah tak nak jumpa aku,”kata Ah Lek dengan loghat Melayu Cinanya. Semua orang tersenyum. Rupa-rupanya semua doctor yang berkumpul di situ dah diblacklist oleh pakcik tu. Macam-macam versi “blacklist” dikongsi. Aku tergelak. Geli hati pula rasanya.

Kuangkat punggung terus jumpa pakcik Rahman. Beliau terbaring. Bajunya lencun dek peluh. Tapak tangan dan bibirnya pucat. Hemoglobin 7. Anemic.  Aku terlihat troli yang menempatkan segala jarum suntikan dan tiub darah di tengah-tengah jalan. Phobia. Tak ada pesakit suka tengok doctor tolak troli tersebut ke sana dan ke sini. Sakit kena cucuk! Aku terus tolak troli masuk bilik sebelum aku pula “diblacklist” !

“Pakcik macam mana? Sakit lagi kaki?”sapaku dengan suara yang agak lantang. Matanya yang tertutup dibuka.

“Tangan pakcik sakit. Pagi tadi lagi dah kebas. Dah bagi tahu jururawat tapi tak ada buat apa-apa pun,”jelasnya dengan nada perlahan.

“Tak boleh ambil darah kat tangan pakcik ni, salur darah tak nampak. Kalau main cucuk ajer, tak dapat darah nanti, tu yang lebam-lebam ni,”kataku cuba menyebelahi pakcik Rahman.

“Pakcik rehat la dulu, nanti saya buatkan yer.” Pakcik Rahman mengangguk. Kasihan.

Pakcik ini ada gas gangrene di kaki kirinya. Dah dua kali buat wound debridement dah tapi  masih “septic look”. Terbaring tak bermaya di atas katil dah lebih 2 minggu.

TENSION

Pakcik Rahman tension dengan kaki beliau yang tak sembuh-sembuh, keadaan beliau uzur, segala antibiotic dah bagi, sekali tissue culture keluar MRSA (methycillin resistatn staphylococcus aureus). Lintang pukang kami mengasingkan beliau dari segala pesakit yang lain dan bagi antibiotic lain.

Doctor-doctor tension sebab salur darah pakcik ni susah nak cari. Segala ubat dan ujian makmal perlu buat. Hari ni dan semalam tak boleh transfuse darah sebab branula tak dapat masukkan. Lebih tension apabila pakcik ni blacklist hampir semua doctor yang bertugas kat wad tu.

Aku lagi tension.  Semalam rentung aku kena tegur dengan doctor pakar. Depan orang-ramai pulak tu. Beliau tanya macam-macam soalan teori sampai nak dekat 30 minit wad round dekat satu-satu pesakit. Banyak lagi aku tak tahu. Yang tahu pun bukan ingat sangat. Daripada tembak entah apa-apa dan merisikokan nyawa pesakit, lebih baik aku kata “tak ingat, perlu rujuk”.

“Mana boleh tak ingat,” jawab beliau dengan muka yang garang. Mata membulat. Aku terkedu. Did they remember everything? I am curious, really. Sebenarnya semua orang hanya menunggu giliran untuk rentung. Do not wait, it will come unnoticedly.

KEKANGAN WAKTU

 Aku mendesus. Sakit hati Tuhan saja yang tahu. Patut masuk kerja pukul 8. Mana-mana doctor yang datang pukul 7 berisiko kena marah, apatah lagi kalau masuk pukul 8. Aku datang kerja sebelum pukul 6. Tenang sikit buat kerja, dan tak berebut komputer dengan doctor lain untuk mengemaskini progress note setiap pesakit.

Pekerja hospital yang lain balik tepat pukul 5. Kami ni kalau tak siap kerja sampai ke malam la buat kerja. Balik dah penat. Hampir setiap hari terlelap atas katil dengan baju kemeja tak bertukar, dan masih berstokin. Dah rutin kut keadaan tu. Pantang letak kepala. Tu belum oncall di mana kerja 36 jam terus menerus. Bila round wad, rentung kena laser dengan semua senior, pakar dan consultant apabila teori tak mantap. Tak hairanlah ramai ambil cuti kecemasan (emergency leave), tak pun minta berhenti kerja terus!

Bila nak study? Soalan ni terus bermain dalam kotak fikiran sampai saat ni. I have to re-schedule my activities, otherwise the consultant will blacklist me later on.

TERKEDU

“Zulfahmi, tahu antibiotic beads tu macam mana?” tanya doctor pakar.

“Dah tengok waktu kat medical department dulu,”jawab Zulfahmi tenang.

“Beads tu manik. Ada tasbih? Kalau tak ada minta kat Faizal ngan Arif (graduan Mesir),” jawab pakar selamba. Semua tergelak dengan lawak spontan beliau.

Aku terkedu. Rasa macam kena tampar pun ada. Sedang diri sibuk nak cari masa untuk rehat dan study, masa untuk ibadah khusus dengan Allah waktu kerja ni semakin berkurang. Termenung aku dibuatnya.

Biarlah diblacklist pesakit,

Biarlah diblacklist pakar,

Usah sekali-kali diblacklist Allah.

Ampunkan diriku Ya Allah.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.